fbpx

ATM boleh diberikan kuasa seperti polis semasa darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Prokalamasi darurat membolehkan kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu antara langkah yang dapat dilakukan semasa prokalamasi darurat sehingga 1 Ogos bagi membantu mengawal penularan wabak Covid-19 di negara.

“ATM mengetuai Ops Benteng untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), tetapi kuasa ATM adalah terhad.

“Jadi, dengan proklamasi darurat kita boleh memberikan kuasa kepada ATM sama seperti kuasa polis. Jika sekarang ini mereka boleh melakukan citizen arrest (penangkapan warganegara) tetapi tidak boleh mengambil tindakan lebih daripada itu,” katanya pada FB Live hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Ops Benteng semalam telah berjaya menahan seramai 47 PATI, empat tekong dan lima penyeludup.

“Sembilan buah kenderaan darat turut berjaya dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

“Secara kumulatif, sejak 20 Mac 2020 sehingga 11 Januari 2021 seramai 10,861 PATI, 854 tekong dan 426 penyeludup telah berjaya ditahan manakala sebanyak 277 kapal atau bot dan 1,174 kenderaan darat telah dirampas,” jelasnya.

Sementara itu katanya, Task Force operasi pematuhan semalam turut telah menahan seramai 415 individu di atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Daripada jumlah tersebut, seramai 377 individu telah dikompaun manakala 38 telah direman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI