fbpx

Agong sambut ulang tahun ke-66

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi Officialsultanibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berangkat menikmati santapan tengah hari berkenaan.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Selain itu, turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta Tunku Tun Aminah bersama suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan paduka anakanda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersempena dengan hari ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Serene. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI