fbpx

EPL: Manchester City elak tumbang kali kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terdesak untuk meraih kemenangan ke atas Spurs untuk memadamkan rekod buruk selepas mengalami empat kekalahan sebelum ini. - AFP

MANCHESTER – Selepas dilaporkan sudah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan kontrak, pengurus Manchester City, Pep Guardiola nyata berada dalam situasi tertekan.

Selain memikirkan aksi dengan Tottenham Hotspur, awal pagi esok Guardiola dihimpit perasaan penuh resah untuk mengelak daripada mengalami kekalahan buat kali kelima berturut-turut.

Bagaimanapun, pengurus dari Sepanyol itu enggan mencari alasan tambahan dan motivasinya kekal sama iaitu untuk perbaiki prestasi pasukan dan situasi tersebut juga dikatakan menjadi punca untuk beliau terus kekal.

“Saya tidak akan pernah berputus asa, pasukan ini perlu kembali ke tahap yang sepatutnya kami berada.

“Saya tidak boleh meninggalkan pasukan dalam situasi ketika ini. Mungkin empat kekalahan itu adalah sebab mengapa saya rasa saya tidak boleh pergi.” jelasnya.

Empat kekalahan berturut-turut adalah rekod buruk sepanjang karier Guardiola dan isu kecederaan pemain dikatakan menjadi punca utama

Keadaan seperti itu nyata sesuatu yang agak janggal buat Guardiola sejak mula menyertai The Citizens pada 2016, mengutip 23 mata dan kini ketinggalan lima mata berbanding Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris.

Perkara positif yang ada pada City kali ini adalah tentang peluang John Stones untuk kembali perkuatkan benteng pasukan selepas pemain itu tersisih dalam tiga perlawanan terakhir. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI