fbpx

Kena ujian swab jika masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Individu yang datang dari luar Kelantan diwajibkan menjalani ujian swab sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Selain itu, individu yang berhajat untuk masuk ke Kelantan juga perlu membawa surat pengesahan ujian swab bersama surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, selepas ujian yang telah dilakukan,mereka turut akan dipakaikan gelang berwarna merah jambu.

“Selain itu, individu yang masuk ke Kelantan perlu dikuarantin selama 10 hari selain tidak dibenarkan keluar berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan.

“Kita tidak mahu kes Covid-19 terus meningkat di negeri ini yang berpunca daripada jangkitan kluster luar,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, daerah di negeri ini secara keseluruhannya merupakan zon merah berikutan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 62 peratus.

“Kes-kes yang berkaitan kluster sedia ada juga meningkat kepada 18 kluster berbanding sebelum ini iaitu 14 kluster yang datang dari zon merah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI