fbpx

97 kemalangan maut libat kenderaan berat direkod sehingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97 kes kemalangan maut melibatkan kenderaan berat direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sejak awal tahun sehingga September lepas.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tersebut adalah daripada 168 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh tersebut.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 32 kes pula melibatkan kecederaan parah dan 39 kes hanya cedera ringan.

“Jadi, saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya tidak kiralah kenderaan berat atau kenderaan lain supaya membawa kenderaan dengan lebih berhati-hati.

“Sementara sekarang pun musim hujan Monsun Timur Laut (MTL) jadi lebihlah berhati-hati dan peka dengan keadaan jalan raya, kenderaan itu sendiri serta kenderaan lain,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan tinjauan di kaunter saman PDRM di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, dari segi pelaksanaan operasi kenderaan berat atau Op Perdagangan, sebanyak 4,822 operasi telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

“Sebanyak 38,367 saman telah dikeluarkan serta 177 kenderaan telah disita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI