fbpx

‘Ingatkan bunga kantan rupanya ulat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dimuat naik di Thread yang memaparkan seekor ulat dalam lauk ikan patin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman menjijikkan apabila menemui seekor ulat dalam lauk ikan patin.

Menerusi satu hantaran di Thread, pada mulanya lelaki itu menyangka objek tersebut adalah bunga kantan, namun setelah menggigitnya, dia mendapati ia rupa-rupanya ulat.

“Memang pelik, sebab selalu makan nasi kerabu dengan bunga kantan, tapi kali ini rasanya lain. Lepas gigit, baru perasan benda itu ulat,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman serupa dan saling menasihati untuk lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan.

“Saya pernah jumpa ulat masa makan bubur lambuk tahun lepas. Bila gigit rangup je. Tahu-tahu tinggal kepala dalam sudu,” kongsi Mimi Samad.

“Kalau pais patin mungkin peniaga tidak perasan dalam tempoyak ada ulat durian itu,” kata Nurul Aliana Fatin.

“Kalau saya selalu (niasanya) nak makan kena tilik dulu sebelum kena jari,” ujar Naniemonteru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI