fbpx

Rail Tourism produk pelancongan baharu Pahang melalui ‘Old Jungle Rail’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY membunyikan loceng sebagai simbolik pelancaran Pahang Rail Tourism 2024 di Stesen Keretapi Kuala Lipis di Lipis, hari ini.

LIPIS – Negeri Pahang membangunkan satu produk pelancongan baharu yang unik dan berbeza iaitu Pahang Rail Tourism 2024 atau pun pelancongan kereta api.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program kerjasama Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus itu menggunakan laluan kereta api yang terletak di sepanjang Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus melalui zon pelancongan semula jadi.

Tambahnya, tarikan utama laluan itu ialah melalui jajaran hutan yang panjang dan mendapat jolokan sebagai ‘Old Jungle Rail’.

“Kita mempromosikan lagi kepada semua pelancong terutamanya datang ke Lipis, Pahang yang memiliki banyak tempat menarik dengan menggunakan kereta api yang telah diubahsuai lebih selesa, menarik dan masanya tepat selain dapat menikmati pemandangan semula jadi.

“Usaha ini dapat meningkatkan pelancong ke Pahang dan itulah tujuan kita, kalau tidak berusaha sebegini kita bimbang negeri-negeri lain ada cara sendiri untuk promosi kehadiran pelancong yang memiliki banyak pilihan.

“Kalau kita kurang promosi dan kemudahan, mereka (pelancong) akan beralih ke tempat lain,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pahang Rail Tourism 2024 di Stesen Keretapi Kuala Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, keunikan produk pelancongan itu perlu diketengahkan untuk meningkatkan ‘visibility’ produk pelancongan serta memperkasa fungsi laluan keretapi.

“Program ini juga bukan sekadar untuk menarik pelancong luar, malah memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui peningkatan ekonomi kawasan–kawasan yang terlibat.

“Antara lokasi menarik di sepanjang laluan kereta api ini ialah lokasi geo tapak iaitu Taman Negara Pahang Sungai Relau, Gua Sisik Naga, Gua Tahi Bintang, Bandar Kuala Lipis, Kuala Sungai Lipis dan Taman Eko Rimba Kenong yang turut dimasukkan sebagai salah satu pakej pelancongan yang wajib dikunjungi,”katanya.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, Pahang terus mendapat kunjungan berterusan daripada pelancong yang mana berdasarkan statistik seramai 13.2 juta orang pelancong berkunjung ke negeri ini pada 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI