TELUK INTAN – Seorang pekerja kantin sekolah ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun pada dua minggu lalu.
Tertuduh Muhammad Zulhakimi Husaini Zulkifli, 22, yang diwakili peguam, Faustina Francis bagaimanapun dengan yakin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Jalan Kampung Redang Punggor, Chenderong Balai di sini pada jam 1.30 tengah hari, 10 November lalu.
Sesi pendakwaan telah dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektpr Nur Aina Liyana Mohd Talal.
Hakim Norhamizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu atau menghubungi mangsa sehingga kes tersebut selesai.
Ujarnya, sebutan semula kesi itu pada 23 Disember depan.
Dalam pada itu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret , pekerja kantin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman atas pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam dirinya dengan cara menyalahi undang-undang.
Pendakwaan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad, manakala tertuduh diwakili peguam sama iaitu Faustina.
Majistret Naidatul Athirah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan 21 Januari tahun depan untuk penyerahan laporan patologi. – KOSMO! ONLINE