fbpx

Kek tak berbaloi, reaksi penjual dikecam ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan kualiti kek yang tidak sepadan dengan harga selain mendakwa sikap penjual tidak profesional.

Menerusi perkongsian di Thread, pelanggan tersebut mengatakan bahawa kek berharga RM100 yang diterimanya jauh daripada jangkaan.

“Kek yang menggunakan asas coklat dan toping mangga kurang rasa, sementara mufin percuma yang diberikan turut tidak berkualiti, dengan tekstur keras dan kurang rasa,” katanya.

Pelanggan tersebut turut memberi ulasan satu bintang di laman web, namun selepas itu, penjual didakwa memberi reaksi melampaui batas dengan mengaitkan anak kecil pelanggan yang baru berusia setahun.

Reaksi penjual itu menyebabkan pelanggan berasa kecewa, kerana penjual dianggap tidak dapat menerima kritikan dengan baik dan bertindak secara emosional.

“Kalau betul marah sangat, cukup sajalah pada ibu bapa yang tempah kek. Tak perlu kaitkan anak yang baru umur setahun.

“Sikap macam ini yang buat kita susah nak sokong peniaga tempatan. Susah nak terima pendapat atau pandangan walaupun diberitahu secara baik,” tulis pelanggan tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai menyokong tindakan pelanggan itu kerana ulasan jujur yang diberikan.

“Tindakan awak betul. Abaikan sahaja orang lain yang fikir awak tak wajar. Memang pelik bila orang kata awak nak tutup perniagaan dia hanya kerana satu ulasan satu bintang.

“Kalau ada orang lain yang bagi penilaian sama, bukankah masalahnya terletak pada penjual? Dia patut ambil iktibar dan perbaiki,” kata Jumnatural.

“Bagi saya, RM100 bukanlah jumlah yang kecil. Kita berhak untuk mendapatkan apa yang telah kita bayar. Memang patut ada ulasan jujur untuk penambahbaikan,” ujar Isminurnur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI