fbpx

‘Saya tidak terima arahan, tapi bertindak demikian kerana Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahman (kanan) bersama Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamudin Hashim (dua dari kiri) ketika sidang akhbar, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa diugut beberapa individu selepas mendedahkan mengenai aktiviti pelacuran melibatkan seorang wanita Indonesia di sebuah spa di Johor pada Julai lalu.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Rahman, 40, berkata, dia  didatangi dua individu yang mengugutnya supaya tidak mendedahkan perkara tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia.

“Pada Oktober lalu, saya didatangi dua lelaki tidak dikenali yang mengaku wakil pihak spa dan meminta mendedahkan siapa individu yang mengarahkan saya untuk membuat laporan.

“Mereka datang ke pejabat tapi saya beritahu tidak terima arahan daripada sesiapa sebaliknya berbuat demikian kerana Allah.

“Saya juga tidak tahu apa nasib wanita terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.

Menurut Rahman, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya selepas dua lelaki tersebut mendakwa mempunyai alamat dan gambarnya.

Rahman turut meminta bantuan daripada MHO.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Rahman berkata, kejadian berlaku pada 16 Julai lalu selepas dia berkunjung ke spa tersebut bagi mendapatkan khidmat urutan badan.

“Saya diminta memilih ‘amoi’ saya sangka itu tukang urut lalu jadi saya minta warga Indonesia. Ketika itu saya bertemu dengan wanita terbabit dan dia nampak seperti keletihan.

“Jadi saya bertanya tentang keadaannya. Wanita itu minta tolong supaya diselamatkan kerana mendakwa tidak sanggup lagi dipaksa menjadi pelacur.

“Dia takut kerana ada beberapa pekerja yang cuba melarikan diri sebelum ini dapat ditangkap dan dipukul. Saya terkejut mendengar pengakuan wanita tersebut.

“Tidak sangka premis sedemikian menawarkan khidmat pelacur,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI