STOCKHOLM – Fobia seorang menteri Sweden terhadap pisang menyebabkan pegawai-pegawai akan memastikan bilik-bilik pertemuan melibatkan beliau perlu bebas daripada buah itu, demikian menurut saluran berita Sky News.
Arahan daripada pegawai Menteri Kesaksamaan Gender, Paulina Brandberg mengenai perkara itu dilihat menerusi e-mel bocor yang diterbitkan oleh akhbar Expressen.
Tabloid itu memetik salah satu mesej e-mel yang dihantar kepada Agensi Kehakiman Norway sebelum makan tengah hari tokoh-tokoh kenamaan.
Mesej itu menyatakan bahawa Branderg mempunyai ‘alahan kuat’ terhadap pisang.
Menurut e-mel itu, adalah sesuatu yang dihargai jika tiada pisang di kawasan di mana beliau akan berada.
Satu lagi e-mel dilaporkan dihantar kepada Lembaga Pentadbiran Daerah yang menyatakan: “Tiada pisang juga dibenarkan di premis ini.”
Seseorang yang fobia pada pisang boleh menyebabkan gejala serius seperti kebimbangan dan loya dengan hanya melihat atau menghidu buah itu. – AGENSI