fbpx

Waran tangkap Netanyahu: Ia satu kemenangan bagi keadilan, kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita selepas hadir menunaikan solat jumaat di Surau Al-Husna di Presint 9, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai satu kemenangan menegakkan keadilan dan kemanusiaan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu tentunya membantu meringankan perasaan derita rakyat Palestin dan Gaza.

Menurutnya, keputusan ICC itu juga wajar kerana ia berlandaskan hukum dan bukti tentang kezaliman, penindasan dan pembunuhan berterusan rakyat Palestin.

“Jadi kita alu-alukan keputusan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana-mana lawatan dia (Netanyahu) keluar harus ditangkap.

“Saya perhatikan ada beberapa negara Eropah yang telah buat kenyataan sedemikian,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna, Presint 9, di sini hari ini.

Ditanya mengenai keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menentang keputusan dikeluarkan ICC itu, Anwar berkata, itu adalah keputusan AS tapi seluruh dunia pastinya menyokong perkara itu.

Selain Netanyahu, waran tangkap turut dikeluarkan terhadap bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza.

Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim al-Masri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI