fbpx

DUN Pulau Pinang: Gangguan bekalan air jejas keyakinan pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Gangguan bekalan air yang agak kerap berlaku merupakan antara cabaran-cabaran yang dihadapi Pulau Pinang dalam menjadikan negeri itu sebagai Lembah Silikon Timur.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain itu bekalan air yang terhad terutama untuk kegunaan perindustrian sedikit sebanyak telah menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Pulau Pinang.

“Harga tanah perindustrian yang tinggi serta kekurangan tanah perindustrian yang bersaiz sekurang-kurangnya 80.93 hektar pada setiap masa menyebabkan pelabur mempunyai pilihan yang sangat terhad untuk memilih tapak projek.

“Peningkatan kos menjalankan perniagaan seperti kenaikan harga tanah, cukai taksiran, tenaga elektrik dan bekalan air menjadikan Pulau Pinang lokasi yang kurang menarik untuk para pelabur,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kon Yeow (Dap-Padang Kota) menjawab soalan daripada Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) mengenai cabaran serta usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Menurut Kon Yeow, kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak juga antara masalah utama yang dihadapi Pulau Pinang dalam masa ini.

Tambahnya, Pulau Pinang turut berdepan persaingan sengit untuk menarik pelaburan asing dari negara lain seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI