fbpx

Warga asing mengaku salah korek mata lelaki guna tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (baju-T biru) ketika dibawa ke Mahkanah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG JAYA – Lelaki Myanmar yang bertindak mengorek bebola mata kiri seorang lelaki tempatan hingga cacat kekal, Sabtu lalu mengaku salah di Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Tertuduh, Murtabis, 28, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar, Mohamad Azrul Muhd. Sobri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M. Gunalan, 52, di tepi jalan Flat Rethina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, kira-kira pukul 2 petang, 16 November lalu.

Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh sekali lagi membuat pengakuan bersalah atas kesalahan tidak memiliki apa-apa pas yang dikeluarkan mengikut undang-undang sah untuk masuk ke negara ini.

Kesalahan itu dilakukannya di Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor, kira-kira pukul 3.30 petang, hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 13 Disember depan untuk lantikan jurubahasa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tempatan terpaksa berdepan detik ngeri apabila bebola mata kirinya dikorek suspek warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran flat Rethina, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pertelingkahan dikatakan berlaku akibat perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa berusia 52 tahun yang mengganggunya dalam keadaan mabuk.

Difahamkan, suspek mengorek mata kiri mangsa menggunakan tangannya sebelum ditahan polis di lokasi kejadian dan bebola mata kiri mangsa ditemui berhampiran mangsa oleh petugas kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI