fbpx

Lepas Ruhainies, Aliff Aziz pula ajak selawat 1,000 kali sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff mengajak pengikutnya media sosial untuk terus berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

PETALING JAYA – Seperti mengambil keberkatan hari Jumaat, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengajak pengikutnya media sosial untuk terus berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bukan sahaja berselawat, Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, turut berkongsi tentang ganjaran yang akan dimiliki setiap umat Islam sekiranya menjadikan perkara tersebut sebagai amalan.

“Jom sama-sama kita lakukan amalan yang sangat ringkas tetapi memiliki fadilat sangat besar dengan berselawat sebanyak 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa henti.

“Selain berazam semoga Allah SWT mengizinkan kita beramal sehingga hari kita dijemput kembali kepada-Nya,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sayang Sayang itu berpendapat, setiap individu perlu sentiasa berkongsi kebaikan dengan orang lain agar mendapat manfaat bersama.

Bukan itu sahaja, Aliff juga berkata, niat untuk melakukan perkara yang baik juga tidak sepatutnya ditunda dan sentiasa memohon kepada Tuhan agar kebaikan tersebut diterima semua pihak.

“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan.

Dengan sebarkan kebaikan kita minta Allah jadikan kita semua orang baik,” ujarnya.

Aliff turut meletakkan ruang undian untuk para pengikutnya dengan memilih ‘sedia’ atau ‘belum sedia’ untuk melakukan amalan selawat tersebut.

Sebelum Aliff, pelakon, Ruhainies juga pernah berkongsi hasrat murni mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Dia yang sudah menggerakkan misi itu turut mengajak orang ramai sama-sama melakukan amalan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI