fbpx

PDRM belum terima maklumat keberadaan Jho Low di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin di Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK 2024 di Pulapol KL hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang maklumat daripada Polis Myanmar berhubung keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di negara itu seperti yang didakwa peguam kepada Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama dan berhubung dengan polis negara itu bagi pertukaran maklumat kes ini.

Katanya, PDRM akan menggunakan segala maklumat yang ada untuk mengesan ahli perniagaan berkenaan.

“Apa juga maklumat yang kita ada kita akan kongsi termasuk dengan ASEANAPOL (Polis Asean).

Buat masa ini, kita tiada apa-apa maklumat dan Myanmar juga tidak beri apa-apa maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) 2024 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.

Pada awalnya, Jho Low dikatakan berada di China, Dubai dan Macau namun beliau dapat merasakan ahli perniagaan itu berada di Myanmar berdasarkan keterangan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada Jasmine Loo, Jho Low mendapat perlindungan jeneral tentera di Myanmar selepas berjaya mendapatkan pasport untuk bekas peguam itu.

Dia juga mengesahkan bahawa Jho Low yang mengaturkan urusan berkenaan pasport ini,” katanya ketika sesi `Media Townhall – Getting The Facts Right, The Untold Stories – 1MDB & Other Cases’ pada Selasa lalu.

Tambah Muhammad Shafee, ketika memberi penerangan pada 5 April lalu, Jasmine Loo mendedahkan bahawa beliau pernah berdepan masalah dengan junta tentera Myanmar apabila cuba memasuki negara itu pada 2019 selepas pasportnya tidak dicop.

Bagaimanapun katanya, Jho Low kemudian berunding dengan pihak berkuasa Myanmar untuk memberikannya pasport palsu bagi membolehkannya memasuki negara tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI