fbpx

Tukang masak maut, kaki putus kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van jenis Toyota Hiace yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Marowi di KM 395.2, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Perjalanan tiga tukang masak warga Thailand ke Kuantan, Pahang berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 395.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa, Marowi Charu, 41, meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila kaki kirinya putus manakala beberapa anggota badannya turut cedera.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, van jenis Toyota Hiace dinaiki mangsa dan dua rakannya itu dikatakan dalam perjalanan ke ibu negeri Pahang tersebut dari Rantau Panjang, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, van dipandu seorang lelaki Thailand berusia 35 tahun dikatakan hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kayu palet yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya.

“Impak perlanggaran tersebut menyebabkan van tersebut berpusing lalu merempuh besi penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah beliau, pemandu van pula cedera ringan pada belakang badan dan pinggang manakala seorang lagi tukang masak warga Thailand berusia 36 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang terselamat tanpa kecederaan.

“Mayat Marowi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI