fbpx

[VIDEO] Pintu kereta terkepak, lupa tarik ‘handbrake’ ketika beli takoyaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki menanggnung rugi apabila pintu keretanya Perodua Myvi miliknya rosak gara-gara tidak menutup pintu kereta dan terlupa menarik brek tangan.

Menerusi sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) di Facebook, kereta berwarna merah itu dilihat berhenti di hadapan sebuah gerai takoyaki.

Seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah kemudian keluar dari kenderaan itu dan berjalan ke gerai itu tanpa menutup pintu keretanya.

Beberapa saat kemudian, kereta itu mengundur ke belakang dengan melanggar bumper hadapan kereta pemilik rakaman papan pemuka dan pintu yang terbuka itu terkepak kebelakang.

Lelaki yang sedang membeli takoyaki itu dilihat turut sama berlari mengejar keretanya, namun tidak sempat menarik brek tangan sebelum pelanggaran.

Hantaran berkenaan telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata bersimpati dengan kejadian yang tidak diingini ini.

“Harta boleh diganti bang. Tubuh badan tak ada ganti. Tak apa lah. Tak ada rezeki abang kat situ, yang penting tak ada yang tercedera. Semoga dipermudahkan urusan,” ujar Muhammad Anas Othaman.

“Kita ni manusia tak akan lari dari sikap lupa. Apa-apa pun saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” komen Shuhairil Hasna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI