fbpx

Banjir: Mangsa di Terengganu tinggal 29 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk membersihkan rumah mereka yang baru pulih daripada banjir di Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama musim tengkujuh yang melanda Terengganu sejak Selasa lalu semakin memulih dengan hanya 29 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa terbabit berada di PPS Balai Raya Padang Kemunting, Kemaman.

“Mereka termasuk dua kanak-kanak dan dua bayi daripada enam keluarga yang menetap di Kampung Padang Kemunting.

“Kesemua mangsa mula berpindah ke PPS Balai Raya Padang Kemunting pada pukul 12.20 tengah hari kelmarin,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, walaupun banjir semakin surut pemantauan tetap dilakukan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini.

Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama pada pukul 2 petang Selasa lalu berikutan hujan lebat berterusan selama lebih 14 jam.

Lima daerah terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI