fbpx

‘Rujuk tanpa persetujuan isteri adalah sah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar drama Andai Tiada Dia.

PETALING JAYA – Tindakan rujuk tanpa persetujuan isteri adalah sah di sisi syarak kerana ia merupakan hak mutlak suami, sama seperti hak untuk melafazkan cerai.

Penjelasan itu diberikan oleh peguam syarie, Izzat Rahimm menerusi satu hantaran di TikTok, selepas menerima soalan daripada seorang pengguna media sosial.

Pengguna berkenaan bertanya sama ada tindakan rujuk secara paksaan, seperti yang digambarkan dalam drama popular terkini Andai Tiada Dia, boleh dianggap sah di sisi undang-undang syariah.

“Lafaz rujuk itu sah walaupun tanpa persetujuan isteri kerana rujuk adalah hak suami, sama seperti lafaz cerai. Jika lafaz rujuk memenuhi rukun-rukun dan syarat sah rujuk, maka ia tetap dikira sebagai lafaz rujuk yang sah.” katanya bagi menjawab persoalan itu.

Izzat turut menjelaskan, tiga perkara iaitu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau secara main-main sekalipun tetap akan menjadi sah, iaitu nikah, cerai, dan rujuk (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sementara itu, Drama Andai Tiada Dia telah mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan penonton kerana memaparkan isu rujuk secara paksaan, yang dianggap kontroversi dan relevan dengan kehidupan sebenar.

Pandangan Izzat memberikan perspektif undang-undang syariah mengenai isu ini, sekaligus membantu masyarakat memahami asas-asas hukum berkaitan rujuk. – KOSMO! ONLINE

@izzatrahimm Replying to @Sifenn Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi bersungguh-sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan ruju’.” (Riwayat: Abu Daud & Inu Majah) #andaitiadadia #rujuk #peguamsyarie #peguamsyariekelantan #peguamsyarieperak #nikah #cerai ♬ Tak Selalu Memiliki – Ipar Adalah Maut Original Soundtrack – Lyodra

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI