fbpx

Hujan berterusan di Terengganu, Kelantan sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda kawasan Pantai Timur sehingga esok.

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Gua Musang, Kelantan serta di Pahang yang tertumpu di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran yang sama juga dikeluarkan di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi yang diramalkan berlarutan sehingga esok,” katanya hari ini.

Sementara itu, di Sabah, hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula 23 sehingga 25 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI