PETALING JAYA – Fasa bahagia kehidupan pasangan pengantin baharu, Ina Naim bersama suami terus menjadi sorotan netizen Malaysia.
Terbaharu, melalui satu klip video yang kini tular di laman sosial Tik Tok menunjukkan ‘kemanisan’ hubungan suami isteri itu apabila aksi naik buai pasangan itu menjadi perhatian ramai.
Ina dan suaminya, Mohd Khairul Rizal Shukor ketika ini sedang melalui fasa bahagia dengan masing-masing menunjukkan reaksi mereka ketika merakam video bersama di satu buaian.
“Naik buaian dengan cara salah, naik buaian secara betul,” tulis video tersebut.
Rata-rata peminat turut meninggalkan komen kata-kata semangat dan tahniah kepada pasangan tersebut.
“Alhamdulillah, kakak tengok Ina semakin cantik, pasangan yang serasi. Tahniah Ina dan suami,” jelas ida_idayu.
“Semoga pasangan ini berbahagia hendaknya, suka tengok.. Raut wajah Ina pun nampak bahagia,” tulis Fauzura82.
Terdahulu, penyanyi dan usahawan, Ina kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul, dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji di kediaman keluarga Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu.
Hasil perkahwinan dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata. – KOSMO! ONLINE.
@daddy.mkr #sugehhillresort ♬ Berdua Lebih Baik – gonebloom