fbpx

Pesalah khalwat tidak boleh disebat di perut, alat sulit – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al Muktafi Billah Shah yang menjadi lokasi hukuman sebat secara terbuka pada 6 Disember ini di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Rotan yang akan digunakan bagi hukuman sebat terhadap pesalah kes berkhalwat berulang, Mohd. Affendi Awang, 42, di Masjid Al Muktafi Billah Shah di sini pada 6 Disember depan cuma setebal 1.25 sentimeter.

Penasihat Persatuan Peguam Syarie Terengganu, Fazrul Anuar Yusof berkata, Seksyen 125, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2001 juga menetapkan panjang rotan terbabit juga tidak boleh melebihi 1.22 meter.

“Tukang sebat juga diwajibkan merotan pada kekuatan sederhana tanpa boleh mengangkat tangan melebihi kepalanya.

“Ia bertujuan mengelakkan kulit pesalah terlibat terluka ke­rana hukuman sebat syariah bukan bertujuan menghukum dan mencederakan tetapi memberi keinsafan kepada pelaku dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kelmarin yang memerintahkan Mohd. Affendi yang juga duda anak lima dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai berikutan kesalahan berkhalwat buat kali ketiga.

Hukuman sebatan tersebut pertama kali akan dilaksanakan secara terbuka di khalayak ramai di Terengganu kerana sebelum ini ia dilakukan secara tertutup.

Fazrul Anuar berkata, sebatan juga tidak boleh dilakukan pada bahagian muka, kepala, perut, dada dan anggota sulit pesalah.

Tambah beliau, pesalah lelaki akan menerima sebatan dalam keadaan berdiri.

“Pegawai penjara yang akan melaksanakan hukuman sebatan itu akan memutuskan pesalah dihukum dalam keadaan sama ada wajah dilihat umum atau sebaliknya.

“Saya berpendapat mungkin pesalah akan diarahkan memakai pelitup muka sewaktu hukuman,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fazrul Anuar berkata, pelaksana­an hukuman sebat syariah di dalam masjid itu tidak bersalahan dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Jelas beliau, Seksyen 125 (3)(c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001 membenarkan hukuman sebat tersebut dilaksanakan dimana-mana tempat diarahkan mahkamah syariah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI