KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah baru-baru ini dengan bangganya mempersembahkan pilihan produk luar biasa dari Greece dan Latvia, sebagai sebahagian daripada kempen ‘Produk Eropah Premium’.
Salah satu sorotan utama kempen produk Premium dari Eropah ini adalah penggunaan produk Protected Designation of Origin (PDO) bagi menjamin kualiti dan keasliannya.
Label PDO adalah sebagai memastikan bahawa produk tersebut berasal dari kawasan geografi tertentu, sekali gus memelihara warisan budaya dan keasliannya.
Produk-produk yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini membawa intipati asal-usulnya, menawarkan rasa unik yang mencerminkan iklim dan tradisi tempat asalnya.
Antaranya adalah buah zaitun PDO Konservolia Rovion dari wilayah tengah Greece, yang benar-benar menyerlah.
Wilayah Rovies terkenal dengan buah zaitunnya yang mempunyai rasa dan tekstur unik, hasil daripada iklim mikro kawasan tersebut.
Keadaan ini menjadikan isi buah zaitun rangup dengan warna hijau gelap serta aroma minyak zaitun yang khas.
Minyak zaitun PDO Viannos dari Crete turut diketengahkan dalam kempen ini.
Terkenal dengan warna keemasannya yang menyerlah dan teksturnya yang lembut, minyak zaitun Viannos mencerminkan seni penanaman zaitun kuno yang diamalkan di pulau tersebut sejak turun-temurun.
Dengan pensijilan PDO, ‘cecair emas’ ini dihasilkan dengan mematuhi tradisi Greek secara ketat, menjadikannya produk yang disanjung tinggi di kalangan minyak zaitun di seluruh dunia.
Produk tenusu dari Latvia pula menjadi tumpuan utama, dengan produk seperti keju krim dan keju separa keras yang menjadi perhatian ramai.
Sektor tenusu Latvia memikat hati pempengaruh ini, dengan pelbagai pilihan keju krim daripada resipi tradisional, sehinggalah kepada hidangan yang inovatif dan kreatif.
Selain itu, snek masin dari Latvia seperti kerepek kentang yang dituai dengan tangan turut mendapat pujian kerana menggunakan bahan semula jadi yang memberikan tekstur rangup yang menyelerakan.
Snek buatan tangan ini menonjolkan kekayaan budaya makanan Latvia dan menekankan penggunaan bahan-bahan tempatan yang berkualiti tinggi.
Perisa dan tekstur unik yang ditawarkan memberikan alternatif segar berbanding pilihan snek yang dihasilkan secara komersial, menjadikannya sesuatu yang benar-benar menonjol.
Para pempengaruh Malaysia yang dijemput untuk mencuba produk ini telah berkongsi di media sosial tentang bagaimana produk premium ini boleh disesuaikan dengan kehidupan harian mereka.
Mereka telah mempamerkan fleksibiliti bagi produk keluaran Eropah, dengan menonjolkan penggunaan minyak zaitun bersijil PDO sehinggalah kepada penggunaan coklat Latvia sebagai pemanis mulut, membuktikan bahawa hidangan tradisional terbaik dari Eropah boleh dihidangkan dengan mudah.
Mereka menerusi platform media sosial masing-masing telah berjaya menjadi
penyebar maklumat bagi produk bermutu tinggi ini, dengan memberikan ulasan yang menarik.
Kempen Premium European Products bukan sekadar untuk mempamerkan makanan mewah, tetapi ia bertujuan untuk meningkatkan profil produk Eropah di pasaran tempatan dengan meningkatkan kesedaran, pengiktirafan, penggunaan, dan eksport.
Peraturan Kesatuan Eropah memastikan protokol keselamatan yang teliti, termasuklah kawalan ketat terhadap penggunaan racun perosak dan standard kebersihan yang tinggi di fasiliti pemprosesan. Keutamaan terhadap keselamatan ini memberikan jaminan kepada pengguna apabila membeli produk dengan label PDO.
Di bawah kepimpinan Kesatuan Nasional Koperasi Pertanian Greece (ETHEAS) dan Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC), usaha ini berjuang demi melindungi warisan budaya Eropah yang kaya sambil memenuhi keperluan moden dari aspek kualiti dan keselamatan untuk produk pertanian.
Bagi lebih daripada 300 ahli koperasi di Greece, ETHEAS memudahkan pembangunan luar bandar dan menyokong ahli koperasinya dalam mengeksport produk tradisional ke seluruh dunia.
Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC) yang ditubuhkan pada tahun 1995, mewakili sektor pemprosesan tenusu Latvia dan bermatlamat untuk melindungi kepentingannya. Ia terdiri daripada 17 ahli memproses yang mewakili sekitar 80 peratus susu yang dihasilkan secara industri di Latvia.
Pengembangan semasa bagi Premium European Products kini memasuki pasaran baru, dengan Malaysia, Korea Selatan, dan Kanada menjadi destinasi seterusnya untuk menikmati tawaran luar biasa ini.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang khazanah Eropah ini, memperkenalkan mereka kepada citarasa pengguna dan pasaran eksport yang meliputi minyak zaitun PDO dari Greece sehinggalah kepada coklat dari Latvia.
Pengembangan semasa bagi Premium European Products kini memasuki pasaran baru, dengan Malaysia, Korea Selatan, dan Kanada menjadi destinasi seterusnya untuk menikmati tawaran luar biasa ini.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang khazanah Eropah ini, memperkenalkan mereka kepada citarasa pengguna dan pasaran eksport, yang meliputi minyak zaitun PDO dari Greece sehinggalah kepada coklat dari Latvia.