fbpx

EPL: United perlu keluar bayangan Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM tampak selesa mengendalikan sesi latihan pertama United di Carrington baru-baru ini. - MAN. UNITED

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim menganggap pasukan itu masih lagi dibayangi legasi Sir Alex Ferguson berbanding semangat sebenar kelab itu ketika bersama sembilan bekas pengendali sebelum ini.

Amorim yang baru dilantik minggu lalu daripada Sporting Lisbon menjelaskan keadaan itu menyaksikan The Red Devils sering dilanda masalah prestasi kerana beliau merasakan tiada mana-mana pengurus mampu mengekalkan legasi hebat yang ditinggalkan oleh Ferguson.

Sejak berpisah dengan Ferguson pada 2013, United dilihat terumbang-ambing bersama sembilan penggantinya bermula David Moyes, Ryan Giggs, Louis van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer, Michael Carrick, Ralf Rangnick, Erik ten Hag dan Ruud van Nistelrooy.

Sehubungan itu, Amorim yang menjadi individu ke-10 menggalas peranan itu bertekad untuk memulihkan reputasi United apatah lagi selepas para pemain mula terpesona dengan impaknya hingga dilabel sebagai ‘Mourinho 2.0’.

“Beliau (Amorim) memberitahu tiada pengurus yang mampu meniru Sir Alex Ferguson kerana mereka hidup dalam bayangan dan bukannya menyerap masuk semangat Ferguson ke dalam pasukan.

“Menariknya apabila pemain tampak begitu teruja dalam sesi latihan pertama kerana terpegun dengan keyakinan dan cara Amorim mengendalikannya. Caranya bercakap tidak ubah seperti Mourinho dengan gayanya yang tersendiri.

“Pemain merasakan Amorim agak mudah untuk didekati dan amat memahami keadaan pemain. Ada pemain sudah menggelarkannya sebagai Mourinho 2.0,” menurut sumber dalaman United.

Amorim ternyata mempunyai magis tersendiri dan kini ramai orang sudah tidak sabar untuk melihat perubahan awal yang akan dibawanya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara United dan Ipswich Town di Portman Road awal pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI