fbpx

Kim Swee sertai revolusi Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE akan mengendalikan Sabah buat kali terakhir menentang PT Athletic pada aksi Piala Malaysia esok. - SABAH FC

SPEKULASI mengaitkan Datuk Ong Kim Swee bakal menyertai revolusi pasukan kebangsaan bertambah kencang apabila jurulatih itu akan menamatkan khidmatnya bersama Sabah FC selepas aksi Piala Malaysia menentang PT Athletic di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur esok.

Walaupun belum jelas destinasi Kim Swee selepas ini, namun peminat bola sepak tempatan mengaitkan jurulatih itu akan menyertai unit khas pasukan kebangsaan bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) yang dijangka diumumkan bulan depan.

“Dengan rasa berat hati, saya memilih haluan berbeza dengan tidak meneruskan tugasan sebagai ketua jurulatih Sabah FC apabila kontrak tamat pada November 2024. Tugasan terakhir saya menentang PT Athletic pada 23 November 2024.

“Selama 36 bulan bersama Sabah FC bukanlah satu jangka masa yang singkat dan perjalanan ini amat luar biasa. Saya sangat bersyukur diberi peluang memimpin kelab bola sepak yang hebat ini,” kata Kim Swee.

Pengumuman Kim Swee itu mengejutkan kerana mesyuarat khas bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) serta Sabah FC sebulat suara bersetuju melanjutkan kontraknya sehingga penghujung musim 2024/2025 yang berakhir 30 April tahun depan.

“Kepada para pemain, saya amat berbangga dengan segala usaha dan pencapaian sebagai satu pasukan. Komitmen dan profesionalisme anda sama ada di atas mahupun luar padang adalah seuatu yang luar biasa.

“Bekerja bersama anda adalah satu penghormatan besar bagi saya. Kepada penyokong, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang mendalam, anda adalah nadi kelab ini,” katanya.

Berdasarkan pengalaman lepas, jurulatih dari Melaka itu memiliki rekod cemerlang bersama skuad B-23 dengan salah satu pencapaian terbaiknya adalah layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2018.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ dan enggan memberikan sebarang bayangan tentang penstrukturan pengurusan pasukan kebangsaan yang dijangka diumumkan bulan depan.

Unit khas itu akan bertanggungjawab menjaga skuad kebangsaan membabitkan pasukan senior, B-23 dan B-19.

Paling mencuri perhatian apabila legenda Everton dan Australia, Tim Cahill turut dikaitkan memimpin unit khas berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI