fbpx

Isteri Harun Hashim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Harun Hashim meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat.

PETALING JAYA – Selepas bertarung nyawa akibat kanser payudara tahap empat, isteri kepada pelakon veteran Harun Hashimm Sakinah Ganjali meninggal dunia kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan Harun, 68, memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor selepas menerima rawatan sejak Jumaat lalu.

“Saya sedang baca Yasin di sisi isteri, kemudian keluar sekejap apabila doktor dan jururawat datang.

Mereka kemudiannya sahkan bahawa isteri saya sudah tiada,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu tenang menempuhi ujian kehilangan orang tersayang.

Saya reda dengan kematian isteri dan terima ketentuan Allah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Sakinah, 48, disahkan menghidap kanser payudara tahap empat dan terpaksa ditidurkan serta diberi alat pernafasan.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI