fbpx

Dewan Rakyat: Perlu baiki indeks kebebasan media, tapi ada batas – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat keperluan untuk memperbaiki pengiktirafan antarabangsa terhadap kebebasan media di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata, wujud keterbatasan disebabkan terikat dengan isu 3R yang mana Raja-raja Melayu meminta kerajaan supaya lebih tegas dalam isu berkenaan dan tidak disentuh secara terbuka.

“Sementara kita izinkan orang berbicara, sidang Raja-raja Melayu sangat tegas dalam hal ini.

“Kita juga terikat dengan pandangan Raja-raja yang tidak mahu sebarang kecaman dilakukan khalayak tanpa tindakan,” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh ke kedudukan 107 berbanding 73 tahun lalu.

Terdahulu, laporan Reporters Without Borders (RSF) Mei lalu menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

Penurunan itu sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan kedua bagi negara ASEAN selepas Thailand yang berada pada tangga ke-87 dalam indeks tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI