fbpx

Miskin bandar Selangor digesa mohon SIPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Mariah pada sidang akhbar Skim Insurans Peduli Sihat hari ini.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

SHAH ALAM – Golongan miskin bandar di Selangor digesa memohon Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) sebelum Mac ini susulan terdapat 4,000 lagi kekosongan kuota.

Miskin bandar dikategorikan berpendapatan bawah RM2,000 dengan mendapat faedah SIPS seperti bantuan pengebumian sebanyak RM1,000, perlindungan kemalangan diri (RM5,000), perlindungan penyakit kritikal (RM5,000) dan insurans nyawa (RM5,000) serta rawatan untuk 36 sakit kritikal dan tidak berjangkit.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, setakat ini seramai 82,000 individu layak menerima SIPS termasuk 2,000 permohonan yang masih dalam proses.

“Setiap permohonan boleh dilakukan di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Walaupun kuota DUN itu telah penuh tidak perlu bimbang dan mohon sahaja kerana 4,000 kuota lagi masih kosong,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata Siti Mariah, penerima SIPS juga diminta mengemas kini maklumat diri di pusat khidmat DUN masing-masing bagi memastikan kebajikan ahli keluarga terpelihara.

Jelas beliau, pihaknya akan melakukan pemutihan bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar.

Dalam perkembangan sama, Siti Mariah menegaskan penerima SIPS dikehendaki menjalani saringan kesihatan sepanjang tahun ini di mana-mana klinik panel Selcare Management Sdn Bhd (Selcare) untuk layak mendapat sambungan manfaat SIPS iti.

“Ini bagi memudahkan Kerajaan Selangor mengenal pasti penyakit golongan berpendapatan rendah (B40).

“Kita juga dalam perancangan memasukkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada manfaat SIPS ini selepas diluluskan nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI