KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri melibatkan kakitangan gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bayaran berkenaan akan dibuat pada Februari tahun depan.
Menurutnya, bantuan khas tersebut akan memberi implikasi kewangan dalam anggaran RM4.97 juta.
“Bayaran itu juga akan diberikan kepada lantikan politik, namun jumlah bantuan kepada golongan tersebut belum diputuskan lagi.
“Bantuan itu akan diberikan pada Februari depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE