KUALA LUMPUR – Tiga buah motosikal dan sebuah kereta dilaporkan terbakar dalam kejadian di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 3.58 pagi tadi.
Katanya, seramai lapan anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Perdana, dan tiga buah motosikal di kawasan parkir kediaman itu.
“Kebakaran berjaya dipadamkan orang awam sebelum puhak bomba tiba di lokasi kejadian. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.