SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mayatnya terapung di dalam Sungai Kerian, Nibong Tebal di sini hari ini.
Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Tan Chin Beng, 54, dijumpai orang awam sebelum bomba menerima panggilan pukul 12.47 tengah hari.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di tempat kejadian mendapati satu mayat lelaki telah terapung di dalam Sungai Kerian berhampiran Tanjung Berembang.
“Dengan sebuah bot penyelamat, bomba berjaya menaikkan mayat pada pukul 1.40 petang sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal. – K! ONLINE