fbpx

‘Kalau kena saman RM1 billion, kira sejarahlah’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua kiri) melakukan gimik Pelancaran Desa Sejahtera pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Desa Sejahtera di Kampung Perik, Kuala Nerang, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – “Saya tak terima lagi (surat tuntutan). Kalau kena (saman) RM1 billion kira sejarahlah.”

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT, Datuk Seri Azizul Tandek yang mahu menyaman beliau RM1 billion, baru-baru ini.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, beliau sendiri tidak tahu apa kata-katanya sebelum ini yang menyentuh individu atau syarikat tersebut sehingga mahu disaman.

“Saya tak sebut nama beliau atau syarikatnya. Saya tak sebut nama siapa-siapa pun. Cumanya saya katakan sesiapa yang hendak ambil alih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) jangan jadi ‘scammer’. Siapa makan cili, dia rasa pedas,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Lot Desa Sejahtera Daerah Padang Terap di Kampung Perik, di sini hari ini.

Menerusi laman media sosialnya baru-baru ini, Azizul memaklumkan syarikatnya memutuskan untuk menyaman Muhammad Sanusi sebanyak RM1 bilion berikutan kenyataan dikeluarkan Menteri Besar itu pada 7 November lalu.

Muhammad Sanusi sebelum itu mengalu-alukan hasrat pihak yang berminat mengambil alih KDA FC, namun menzahirkan harapan agar pihak berkenaan tidak melakukan ‘scam’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI