fbpx

[VIDEO] Guna kayu bakau 4.27 meter sebagai ‘piling’ rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Tindakan seorang kontraktor menggunakan cara tradisional iaitu penggunaan kayu bakau sebagai ‘piling’ (cerucuk) sebuah rumah meraih perhatian ramai.

Perkongsian di TikTok oleh @noorpaiman memperlihatkan kerja-kerja pemasangannya sedang dilakukan dengan kayu bakau sepanjang 4.27 meter didirikan sebagai asas rumah tersebut.

Hantaran itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata teruja dengan penggunaan kaedah tradisional ini walaupun di zaman kini yang serba canggih.

“Setahu saya orang lama cerita, tapak gajah yang paling baik adalah kayu bakau sebab lama kelamaan dia akan melingkar di dalam tanah dan mengukuhkan tapak rumah,” ujar Amm.

“Dulu saya sekolah, belajar geografi pun cikgu cakap kayu bakau memang guna untuk ‘piling’ rumah tapi saya tengok orang buat rumah tak ada pula guna kayu bakau. Rupanya sebab jarang orang guna,” luah Lyana.

“Kayu bakau tak reput kena air dan tahan lama,” komen Yuji. – KOSMO! ONLINE

@noorpaiman Bakau 14 kaki..barang jadi ni kak☺️#tukang #tukangbangunan #rumahmampumilik #rumahidaman #batupahat #johor ♬ suara asli – Anak mandee – Anak mandee🧚‍♀️

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI