fbpx

Terengganu batal lesen perniagaan vape mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu memutuskan tidak akan memperbaharui lesen perniagaan vape atau rokok elektronik yang beroperasi di premis kelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengharaman perniagaan premis vape itu merupakan inisiatif untuk tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda.

“Negeri-negeri (termasuk Terengganu) sudah terima pakai fatwa sebelum ini bahawa vape itu haram. Peringkat negeri pula, kita ada kuasa di bawah PBT untuk tidak membenarkan lagi premis digunakan sebagai tempat penjualan vape selepas ini.

“Kita mahu jaga anak-anak muda kita, itu adalah demi kemaslahatan umum,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dipetik berkata, Kerajaan Persekutuan berpendirian belum tiba masanya penjualan vape diharamkan seperti yang dilaksanakan beberapa negara maju.

Beliau bagaimanapun tidak keberatan sekiranya ada negeri yang mahu melarang penjualan produk tersebut seperti dilaksanakan Johor sejak 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI