JOHOR BAHRU – Graduan masyarakat Orang Asli suku kaum Semaq Beri di Maran, Pahang menggesa komuniti Orang Asli di seluruh negara untuk memecahkan stigma negatif kepada golongan berkenaan.
Thaqif Mohd Asri, 28, yang bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 berkata, masyarakat Orang Asli juga mampu berjaya sama seperti individu lain.
Katanya, dia kini telah berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Sementara itu, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina, Ahmad Najmi Abd. Razak, 24, pula memberitahu, dia teruja bergelar graduan dari universiti sama dengan ayah, ibu dan kakaknya.
“Alhamdulillah, bapa saya, ibu serta kakak saya juga merupakan alumni UTM, dan kini saya juga salah seorang daripada mereka. InshaAllah adik saya juga akan mengikut jejak langkah kami,” katanya.- KOSMO! ONLINE