fbpx

Penyalahgunaan dadah sintetik lebih 70 peratus di Malaysia – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan penyalahgunaan dadah sintetik terutamanya dalam kategori Amphetamine Type Stimulants (ATS) mendominasi pasaran di negara ini berbanding dadah lain.

Buktinya kata Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, seramai 115,410 orang terbabit dalam penyalahgunaan jenis ATS atau kira-kira 74 peratus berbanding keseluruhan jenis dadah.

Malah katanya, sehingga September lalu, penyalahgunaan jenis ganja hanya empat peratus atau kira-kira 6,750 kes.

“Antara punca yang menyebabkan masalah dadah sukar dibendung ialah perubahan trend daripada jenis dadah organik kepada sintetik, ini sangat mencabar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang bertanyakan mengenai punca sehingga masalah dadah sukar dibendung.

Selain itu, beliau turut bertanyakan sejauh mana persiapan dilaksanakan KDN dari segi penguatkuasaan, logistik serta rawatan pemulihan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI