PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan sebarang sumbangan atau bantuan berkaitan haiwan yang diselamatkan.
DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, satu hantaran di aplikasi X mengaitkan pihaknya dengan kutipan dana bagi pengurusan sumbangan untuk kucing diselamatkan adalah tidak benar sama sekali.
“Kami memandang serius penyalahgunaan nama DBKL oleh pihak tidak bertanggungjawab serta boleh mengelirukan orang ramai.
“DBKL tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun sumbangan yang dinyatakan dalam hantaran tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE