KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sebanyak 3,063 buah sekolah rendah di negara ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) atau yang berenrolmen 150 orang murid dan ke bawah.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, bilangan sekolah itu tidak mengambil kira Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan
Khas, SK (Asli), Sekolah Model Khas, Sekolah Model Khas K9, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
“Definisi SKM ini tidak terpakai kepada sekolah menengah. Berdasarkan rekod KPM terdapat 383 buah SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang berstatus SKM,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) yang bertanyakan tentang perancangan Kementerian untuk memindah SJKT yang kekurangan murid.
Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, KPM telah merangka beberapastrategi bagi menangani isu SKM di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala.Tuju SKM.
“Ia termasuk pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dan pemindahan atau penempatan semula SKM serta pengekalan SKM atas keperluan.
“Strategi pemindahan atau penempatan semula SKM ke lokasi baharu di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi dilaksanakan bagi membantu untuk meningkatkan enrolmen SKM.
“Strategi ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tenaga pengajar dan mengurangkan kos pengoperasian sekolah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE