fbpx

Suami maut ketika cari rezeki, tinggalkan isteri, bayi 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Alhafiz (tengah).

KLANG – Seorang pekerja lelaki maut selepas dipercayai dihempap kontena ketika bertugas di sekitar kawasan Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Insiden pilu itu menimpa Allahyarham Muhammad Alhafiz Abdul Rajak, 34, yang dikatakan mengalami kecederaan di kepala.

Adik mangsa, Muhammad Raffi, 32, dia terkejut menerima panggilan daripada pihak pengurusan Pelabuhan Utara, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

“Saya difahamkan arwah sedang bertugas melihat kontena di lokasi kejadian pagi ini.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disahkan abang telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik hospital itu.

Menurut Muhammad Raffi, dia sekeluarga reda dengan pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu. Kali terakhir menemui arwah malam tadi di rumah mereka di Kampung Nelayan, Telok Gong, Pelabuhan Klang.

“Arwah mempunyai seorang isteri yang juga suri rumah dan bayi lelaki berusia empat bulan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Gong petang ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI