fbpx

Pendawaian tidak teratur punca remaja maut cas telefon dalam bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati pendawaian tidak teratur dalam bas ekspres terbabit menyebabkan
seorang remaja 18 tahun maut akibat renjatan elektrik di terminal Penang Sentral awal bulan ini.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sambungan pendawaian dari keluarankotak pengagihan (DB) ke pendawaian soket dipasang secara terbalik.

Malah katanya, penggunaan kelengkapan elektrik yang digunakan dalam bas tersebut juga tidak memenuhi standard piawaian barangan yang ditetapkan.

Selain itu, pemasangan pendawaian elektrik bas juga dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah oleh ST (Suruhanjaya Tenaga).

“Walaupun komponen struktur bas mematuhi pelan teknikal yang diluluskan dan telah lulus pemeriksaan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer)pada 20 Mei 2024, namun aspek keselamatan pendawaian elektrik perlu diberi perhatian segera.

“Ini adalah kerana bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, sebagai langkah awalan dan amalan prosedur biasa, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pengendali bas ekspres berkenaan, Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn. Bhd. pada 4 November lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI