fbpx

‘Import’ ganja guna lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIZ MUKHLIZ (tiga dari kanan) menunjukkan pistol beserta peluru dan ganja yang dirampas di dalam sebuah kereta di Jalan Muafakat, Kampung Temiang, Bukit Treh, Muar, Sabtu lalu pada sidang akhbar di IPD Muar hari ini.

MUAR – Polis Daerah Muar berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila berjaya memberkas tiga lelaki dan merampas 11.5 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM36,000 di dalam sebuah kereta di Jalan Muafakat, Kampung Temiang, Bukit Treh, di sini, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman, bertindak atas maklumat dan risikan yang tepat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat pemerhatian jalan terbabit kira-kira pukul 10.30 malam.

“Pihak polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna merah pada hari tersebut dna menahan dua lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur dalam lingkungan 32 hingga 40 tahun

“Polis turut menemui sepucuk senjata api berwarna hitam bertulis “glock”, satu kelopak, dan 15 butir peluru hidup saiz 9 mm,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, sindiket ini dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu bermula September sehingga November dengan modus operandi ‘mengimport’ ganja yg diambil dari negara jiran melalui jalan tikus dan kemudian disalurkan kepada ‘pusher’ di kawasan melibatkan Muar, Johor dan Melaka.

Tambah Raiz Mukhliz, sewaktu ditahan, ke semua suspek dalam tindakan menunggu pusher untuk mengedar stok dadah (ganja) dan hubungan ketiga-tiga suspek adalah pengedar dan pusher.

Jumlah keseluruhan rampasan bersama sitaan harta kira-kira RM80,000..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI