fbpx

Teknologi AI bakal digunakan dalam mengesan penyakit – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu mengesan penyakit terutamamya berkaitan kanser.

Memaklumkan perkara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya ketika ini sedang melaksanakan kajian menggunakan teknologi itu bersama Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS) iaitu seksyen di bahagian Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, kerjasama itu melibatkan saringan kanser paru-paru menggunakan teknologi AI.

“Kajian ini menilai keberkesanan AI dalam membantu pakar perubatan radiologi mengesan kanser paru-paru melalui penggunaan sinar-X dada.

“Kajian ini turut mencadangkan bahawa teknologi AI dapat menjadi ‘mata kedua’ (second reader) untuk membantu pengesanan modul paru-paru dengan lebih tepat dan lebih awal.

“Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan algoritma AI meningkatkan sensitiviti dan menurunkan kadar keputusan positif palsu terutama dalam kalangan pakar perubatan radiologi yang lebih junior,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan tentang perkembangan penggunaan AI dalam pengesanan kanser di hospital awam di negara ini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, pengujian di peringkat kajian lapangan dan penggunaannya secara lebih menyeluruh sudah bermula di Institut Kanser Negara (IKN) disusuli di Hospital Cyberjaya, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI