fbpx

Masa untuk pulang ke Malaysia kerah usaha – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan urusan beliau di Rio de Janeiro, Brazil selesai.

Menurut Anwar, sekarang tiba masanya untuk beliau pulang ke Malaysia mengerah tenaga dan usaha bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Madani untuk rakyat negara ini.

“Selesai urusan di Rio de Janeiro, Brazil. Penghargaan buat kerajaan Brazil dan Presiden Lula atas undangan dan layanan sahabat.

“Terima kasih juga kepada semua delegasi Malaysia yang bertungkus-lumus menjayakan kunjungan ini,” katanya menerusi catatan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam hantaran berasingan memberitahu, kunjungan beliau ke Rio de Janeiro berjaya mengeratkan hubungan kedua-dua negara tersebut.

Anwar turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pemimpin lain di sela-sela Sidang Kemuncak G20.

“Penghargaan saya kepada kerajaan Brazil atas jemputan sebagai tetamu bagi menghadiri sidang kemuncak ini. Terlibat dalam sesi mengenai ‘Fight Against Hunger and Poverty’ dan ‘Reform of Global Governance Institutions’. Tchau Brazil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI