fbpx

Malakoff promosi kehidupan mesra alam menerusi Amazing Hunt 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Syahrin (enam dari kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Badrulhisyam Fauzi (lapan dari kanan) bersama peserta Malakoff Amazing Hunt 2024.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menganjurkan ‘Malakoff Amazing Hunt 2024: Sustainable Living Challenge’, bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup yang mampan dalam kalangan masyarakat.

Para peserta bagi acara ini berpeluang menerokai Kuala Lumpur dengan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai simbolik salah satu pilihan pengangkutan awam yang rendah emisi bagi menyerlahkan nilai alternatif mesra alam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, acara berinspirasikan pencarian harta karun yang bermula di ibu pejabat Malakoff di Plaza Sentral itu menghimpunkan 16 pasukan terdiri daripada 64 peserta.

“Acara ini bukan hanya sekadar pertandingan, tetapi ia bertujuan untuk memupuk visi bersama
ke arah masa depan yang mampan dan menggalakkan semua pihak untuk mengekalkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab alam sekitar.

“Sebagai sebuah organisasi yang peka terhadap kemampanan, kami sentiasa berusaha untuk memupuk budaya mesra alam bukan sahaja di kalangan kakitangan dan pihak pemegang taruh tetapi juga dalam komuniti yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Malakoff Amazing Hunt 2024, Anwar Syahrin berkata, setiap pasukan perlu melaksanakan satu tugasan di lima perhentian yang ditetapkan.

“Setiap perhentian memberi fokus kepada mempromosikan kemampanan melalui tema-tema seperti kitar semula, guna semula, kecekapan tenaga dan pengurangan sisa.

“Acara ini menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif untuk meningkatkan kesedaran dengan menunjukkan bagaimana tindakan mudah seperti menggunakan pengangkutan awam dapat menyumbang kepada pengurangan emisi karbon,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI