fbpx

Robot kecil culik 12 robot besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah robot kecil berjaya memujuk 12 robot bersaiz besar untuk mengikutinya. - Douyin

BEIJING  –  Satu rakaman video tular memaparkan sebuah robot kecil ‘menculik’ 12 robot besar di sebuah syarikat dengan memujuk mesin-mesin itu untuk mengikutinya, lapor laman berita Oddity Central.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku di sebuah bilik pameran di Shanghai.

Sebuah robot kecil dilihat bergerak memasuki bilik pameran itu pada waktu malam sebelum ‘bercakap’ dengan robot-robot yang bersaiz lebih besar.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, robot kecil itu berjaya memujuk robot-robot besar tersebut sebelum 12 mesin itu mengekorinya.

Video itu menjadi tular di platform Douyin sebelum dua syarikat yang mencipta robot-robot tersebut tampil memberikan kenyataan.

Menurut syarikat dari Hangzhou yang menghasilkan robot kecil dikenali sebagai Erbai, penculikan itu adalah kejadian sebenar meskipun ia pada asalnya merupakan satu ujian.

Syarikat pemilik robot besar dari Shanghai pula berkata, pihaknya memberi akses kepada Erbai untuk masuk ke dalam bilik pameran itu.

Namun, sejurus ia masuk, robot yang dikuasakan dengan teknologi kepintaran buatan (AI) itu berjaya memujuk robot-robot besar mengikutinya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI