fbpx

Ikan paus terdampar di Sungai Batang Lupar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai ikan paus yang dijumpai terapung di perairan Sungai Batang Lupar berhampiran Kampung Pulau Seduku, Sri Aman.

SRI AMAN – Bangkai seekor ikan paus ditemukan terdampar di perairan Sungai Batang Lupar berhampiran Kampung Pulau Seduku, di sini.

Video mengenai penemuan itu dikongsikan penduduk kampung turut tular di media sosial, sekali gus menarik perhatian orang ramai.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai penemuan bangkai ikan berkenaan.

Bagaimanapun ia belum boleh disahkan berikutan kakitangan SFC di Sri Aman tidak dapat ke lokasi penemuan disebabkan paras air sungai yang sangat rendah.

Pada masa sama, katanya kakitangan SFC masih mengesan lelaki yang berkongsi mengenai video berkenaan untuk mendapatkan pengesahan.

“Lokasi sebenar bangkai ikan paus itu dijumpai belum dikenal pasti. Hari ini, kami akan meneruskan pencarian lokasi bangkai ikan paus itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI