PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah di seluruh negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 9 pagi ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan yang sama turut dijangka berlaku di kawasan timur negara yang meliputi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Negeri-negeri di semenanjung negara juga diramalkan tidak mengalami hujan lebat dan angin kencang petang ini,” katanya.
Orang ramai boleh memanfaatkan keadaan ini dengan melakukan aktiviti harian tanpa perasaan gusar dan menikmati kehidupan harian dengan lebih selesa dan produktif. – KOSMO! ONLINE