fbpx

Banjir: Mangsa meningkat 2,765 orang di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk sedang mengharung banjir di Teluk Kalong, Kemaman semalam.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang pertama Terengganu yang mula melanda semalam meningkat kepada 2,765 orang daripada 603 keluarga.

Mereka kini berlindung di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima daerah.

Dungun menjadi daerah terbaharu terjejas dengan bah selain Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kemaman kekal daerah paling terjejas dengan 2,584 mangsa daripada 554 keluarga berada di lima PPS.

“Seramai 94 mangsa daripada 25 keluarga pula ditempatkan di enam PPS di Hulu Terengganu.

“Sebuah PPS iaitu Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap yang menempatkan 69 mangsa daripada 19 keluarga di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Dungun pula mempunyai sebuah PPS di Dewan Sivik Paka yang menempatkan lima sekeluarga,” katanya.

Beliau berkata, hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI