fbpx

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia kejutkan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Indonesia, Jay Idzes berjaya memastikan gawang tuan rumah tidak dibolosi kali ini. Foto ihsan AP

JAKARTA – Skuad kebangsaan Indonesia mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk membenam Arab Saudi 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Sang Garuda kendalian Shin Tae-yong membariskan kesebelasan terbaik dengan Marselino Ferdinan, Ragnar Oratmangoen dan Rafael Struick mengetuai jentera serangan.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului hasil jaringan Marselino pada minit ke-32 selepas menerima umpanan Ragnar Oratmangoen.

Tersentak dengan gol tersebut, Arab Saudi kendalian merombak jentera serangan dengan memasukkan Herve Renard bdullah Al Hamdan untuk menggantikan Mohammed Al Qahtani.

Namun, perubahan taktikal itu tidak menghalan Indonesia untuk menggandakan jaringan juga menerusi ledakan Marselino pada minit ke-57 yang menyudahkan gerakan balas pantas.

Arab Saudi memiliki beberapa peluang keemasan untuk merapatkan jaringan tetapi gagal menembusi benteng kebal tuan rumah.

Nasib Indonesia bertambah malang apabila Justin Hubner dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI